Friday, March 20, 2009

Tudung Bawal

Ramai wanita Malaysia kini menggemari tudung bawal. Penggemar -nya tidak kira usia, tua dan muda, di mana-mana dilihat saja memakai tudung bawal.

Mengapa tudung bawal menjadi pilihan??

Ini kerana tudung bawal mampu menarik hati sesiapa saja yang memandang keindahan sulam yang disulam pada tudung bawal. Sulamnya yang halus dan kemas adalah hasil dari kerja yang teliti dan penuh kesabaran. Ia hadir dalam pelbagai kombinasi warna-warna yang menarik dan dalam motif bunga-bungaan. Sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan.

Tahukah anda kain tudung bawal dari jenis apa?

Biasanya tudung bawal ini dibuat dari kain jenis "voile". Kain jenis "voile" ini adalah berasal dari kain katun yang nipis dan lembut. Ianya mudah diurus dan dijaga. Terdiri dalam beberapa kategori antaranya ialah "Japanese Voile" atau Bawal Jepun, "Korean Voile" atau Bawal Korea dan juga "Siam Voile" atau Bawal Siam.

Antara ketiga-tiga kain bawal itu, kain Bawal Jepun lebih popular kerana kualitinya. Kainnya dikatakan berkualiti kerana tidak berbulu walaupun kerap dipakai dan dicuci. Selain itu ia mudah dibentuk apabila diletakkan di kepala. Dengan kualiti kain sebegitu elok, tidak hairanlah jika harga untuk tudung bawal dari jenis ini agak mahal berbanding dengan jenis yang lain.

Kain Bawal Korea atau Siam juga mempunyai tekstur kain lembut dan nipis. Ianya juga mudah diurus dan dijaga tetapi mempunyai kelemahan seperti kainnya mudah berbulu apabila kerap dicuci menjadikan ia mudah hilang seri kain dan tidak cantik lagi. Oleh sebab itu harganya lebih murah berbanding dengan kain Bawal Jepun walaupun sulamnya sama-sama cantik.

Walauapapun kategori tudung bawal itu, ia tidak menjadi hal kepada pemakai, yang penting keindahan sulam pada tudung bawal itu cukup membuatkan mereka merasa anggun sentiasa..

0 comments:

Post a Comment

www.TudungKelantan.com is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).